Saturday, October 19, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terlibat kegiatan dadah, lelaki tempatan ditahan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    TUTONG, 18 OKT – Seorang suspek lelaki warga tempatan berjaya ditahan oleh anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dari Balai Polis Tutong selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah di Kampung Lubok Pulau, Tutong, kelmarin.

    Tangkapan dibuat adalah hasil daripada rondaan Pengawasan Kejiranan (PK) kampung tersebut yang dijalankan oleh anggota polis dari Balai Polis Tutong bersama ahli-ahli PK yang terdiri daripada penduduk kampung, di mana mereka menjumpai dua buah kenderaan yang mencurigakan.

    Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah mendapati barang-barang yang mencurigakan dalam kenderaan-kenderaan tersebut iaitu peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.

    Suspek telah diserahkan kepada pihak Biro Kawalan Narkotik (BKN) untuk siasatan lanjut.
    Rondaan PK itu adalah salah satu aktiviti PK yang diungkayahkan dan diketuai oleh setiap balai polis, bersama masyarakat setempat.

    PPDB akan terus memupuk kerjasama bersama untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan untuk semua.

    PPDB juga menggesa semua penduduk untuk terus berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan.

    Lelaki warga tempatan yang berjaya ditahan oleh anggota PPDB. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    ATAS & BAWAH : Antara peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penyalahgunaan dadah yang berjaya dirampas oleh pihak berkuasa. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    GAMBAR SERAHAN PPDB
    GAMBAR SERAHAN PPDB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda