Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tersilap hantar e-mel, Kementerian akan siasat

    LONDON, 28 JULAI – Kementerian Pertahanan Britain hari ini berkata ia telah membuka siasatan selepas pegawai secara tidak sengaja menghantar e-mel yang dilaporkan mengandungi maklumat sulit kepada sekutu Rusia, Mali akibat kesilapan menaip.

    Kementerian itu mengesahkan ‘sebilangan kecil’ e-mel telah tersilap hantar, dengan The Times melaporkan bahawa ia sepatutnya dihantar kepada Jabatan Pertahanan AS tetapi sebaliknya dihantar kepada Mali.

    Kesilapan itu berlaku kerana pegawai menghantar mesej-mesej berkenaan ke alamat yang berakhir dengan domain .ml negara Afrika barat itu, dan bukannya alamat .mil milik tentera AS, menurut laporan akhbar itu.

    Majoriti e-mel mengandungi maklumat remeh, seperti jadual cuti para pegawai, tetapi ada juga yang mengandungi penerangan terperinci mengenai penyelidikan British dalam peluru berpandu hipersonik, kata akhbar itu.

    Pendedahan itu terjadi selepas Financial Times melaporkan minggu lalu bahawa berjuta-juta e-mel tentera AS telah tersilap hantar ke Mali akibat kesilapan menaip.

    “Kami telah membuka siasatan selepas sebilangan kecil e-mel tersilap dihantar ke domain e-mel yang salah,” kata Kementerian Pertahanan UK dalam satu kenyataan.

    “Kami yakin ia tidak mengandungi sebarang maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan operasi atau data teknikal.

    “Semua maklumat sensitif dikongsi melalui sistem yang direka untuk meminimumkan risiko tersilap hantar.” – AFP

    Kesilapan itu berlaku kerana pegawai menghantar mesej-mesej berkenaan ke alamat yang berakhir dengan domain .ml negara Afrika barat itu, dan bukannya alamat .mil milik tentera AS. – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda