Sunday, November 17, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teruja FC berpesta gol

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Lima jaringan Awang Salleh Mohd Som telah membantu Teruja FC menumpaskan Pasukan KSKA dengan jaringan besar 8 -1 di Kompleks Sukan Sungai Kebun hari ini.

    Di awal perlawanan kedua pasukan sangat berhati-hati, namun ia semakin rancak apabila Salleh Mohd Som menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti iaitu pada minit ke-32 dan ke-46.

    Pada separuh masa kedua, Awang Salleh Mohd Som menambah tiga gol lagi, sementara Awang Suzimi Rosmawandi menemui gawang sebanyak dua kali, dan Awang Rahim Haji Tuah pula mendapat satu gol.

    Pasukan KSKA mendapat gol sagu hati perlawanan hasil sentuhan Haji Jualihi Haji Halus di minit ke-50 perlawanan.

    Barisan pemain Teruja FC yang beraksi di Kompleks Sukan Sungai Kebun hari ini. – Gambar Muiz Matdani
    Barisan pemain Teruja FC yang beraksi di Kompleks Sukan Sungai Kebun hari ini. – Gambar Muiz Matdani

    Menurut penolong pengurus Teruja FC, Haji Suhara Faishal Yusop, berkata bahawa para pemain kelihatan gugup pada awal perlawanan kerana mungkin perlawanan tersebut adalah perlawanan pertama mereka.

    “Namun, saya sangat berbesar hati dengan pencapaian semua pemain, terutamanya kepada Awang Salleh Mohd Som yang kami tidak duga berjaya menjaringkan lima gol pada hari ini dan syabas kami ucapkan kepada beliau,” ujarnya kepada Media Permata sebelum menegaskan perlawanan hari ini merupakan pembukaan yang sangat proaktif.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda