Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China

    CHUMPHON, 16 JUN – Sambutan pesta durian telah diadakan pada Sabtu di wilayah Chumphon, selatan Thailand bagi mempromosikan durian Thailand dan membantu lebih banyak buah memasuki pasaran China.

    Konsul Jeneral China di Songkhla, Wu Dongmei bersama-sama wakil pengedar buah-buahan China dan syarikat logistik termasuk SF Express menghadiri acara itu, lapor Xinhua.

    Gabenor Wisah Poolsirirat secara simbolik membelah durian menandakan permulaan musim durian Chumphon 2024.

    Sepanjang lima tahun lalu, kawasan penanaman durian di wilayah Chumphon terus berkembang, meningkat sebanyak 17.38 peratus pada 2024 berbanding 2023, menurut pejabat pertanian wilayah itu.

    Wilayah Chumphon dijangka mengeluarkan lebih 250,000 tan durian pada 2024, menjana pendapatan lebih 33 bilion baht (kira-kira AS$899.4 juta).

    Peluasan kawasan penanaman durian adalah berdasarkan peningkatan permintaan dari negara rakan dagang utama. China ialah rakan dagang durian terbesar Thailand, manakala 70 peratus daripada durian wilayah Chumphon dieksport ke China, kata Wisah.

    “Pada masa hadapan, kami akan meningkatkan lagi kualiti durian dan menjadikan durian Thai popular dalam kalangan pengguna China,” kata Wisah.

    Sementara itu, Wu berkata bahawa selatan Thailand khususnya wilayah Chumphon kaya dengan sumber pertanian. – Bernama

    Seorang pekerja menunjukkan durian yang baru dituai di sebuah kebun di Chumphon, Thailand, 18 September 2023. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...