Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand batal pasport Yingluck

    BANGKOK, 31 Okt – Thailand telah membatalkan pasport perdana menteri yang disingkirkan, Yingluck Shinawatra yang masih bersembunyi selepas menyusup keluar dari negara ini sebelum keputusan dalam perbicaraan kecuaiannya, kata pihak berkuasa hari ini.

    Bekas perdana menteri itu yang mana kerajaannya digulingkan dalam rampasan kuasa 2014, tidak pernah dilihat atau didengari beritanya sejak dia mengejutkan kerajaan kerana gagal untuk menghadirkan diri semasa perbicaraan Mahkamah Agung pada lewat Ogos.

    Dia kemudian dijatuhkan lima tahun penjara tanpa kehadirannya kerana gagal membendung rasuah dalam dasar subsidi beras – satu kes yang diselar oleh para penyokongnya sebagai sebahagian daripada usaha meluas junta untuk menyingkirkan tokoh berkenaan dari dunia politik Thailand.

    “Semua pasport Yingluck sudah dibatalkan,” kata Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai kepada para wartawan hari ini.

    Yingluck memiliki empat pasport Thailand, dua pasport peribadi dan dua diplomatik, menurut pihak berkuasa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda