Thursday, December 19, 2024
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand jadi negara ke-51 sertai Perjanjian Artemis

    BANGKOK, 18 DIS – Thailand secara rasmi menjadi negara ke-51 yang menandatangani Perjanjian Artemis, mengesahkan komitmennya terhadap penerokaan angkasa lepas yang selamat, bertanggungjawab dan aman untuk manfaat umat manusia.

    Pengarah Eksekutif Agensi Pembangunan Teknologi Geo-Informatik dan Angkasa (GISTDA), Pakorn Apaphant menandatangani perjanjian itu bagi pihak Thailand dalam satu majlis di Bangkok pada Isnin.

    Acara itu turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi Thailand, Supamas Isarabhakdi serta Duta Amerika Syarikat ke Thailand, Robert Godec.

    Pakorn melahirkan keyakinan terhadap peranan Thailand dalam komuniti angkasa global.

    “Thailand akan memasuki zaman kegemilangan penerokaan angkasa lepas secara menyeluruh,” katanya sambil menekankan cita-cita negara itu untuk memajukan program angkasa lepas dan bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa.

    Sementara itu, Pentadbir Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Bill Nelson menyatakan bahawa komitmen Thailand terhadap Perjanjian Artemis akan meningkatkan penglibatan negara itu dengan NASA dan masyarakat antarabangsa. – Bernama

    Gambar serahan NASA menunjukkan kapal angkasa Artemis II Orion ditempatkan dalam Bangunan Operasi dan Pemeriksaan di Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda