Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand sedia eksport alat ganti kereta

    MOSCOW, 1 DIS – Thailand mengunjurkan jumlah dagangannya dengan Rusia akan meningkat pada 2022 menerusi kerjasama baharu termasuk eksport alat ganti kereta, menurut Duta Thailand ke Moscow, Sasiwat Wongsinsawat dalam temu bual dengan Sputnik.

    “Sasaran perdagangan masih mengikut perancangan, namun disebabkan gangguan semasa dalam rantaian bekalan global dan cabaran susulan langkah menangani ekonomi dan kewangan semasa, kami perlu praktikal dan inovatif dalam pendekatan.

    “Tahun ini, kami menjangkakan jumlah dagangan akan meningkat, namun jumlahnya belum dapat dipastikan,” kata Wongsinsawat.

    Beliau berkata Bangkok bersedia mengeksport alat ganti kereta ke Rusia dan sedang menunggu senarai barangan yang diperlukan serta jumlahnya dari Moscow. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda