Friday, September 20, 2024
35.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    The City Ride perkenal kembali kayuhan kategori kanak-kanak

    KUALA LUMPUR, 28 DIS – Selepas kali terakhir mengadakan acara kayuhan untuk kanak-kanak pada 2011, OCBC Cycle Kuala Lumpur atau popular dengan nama The City Ride sekali lagi tampil memperkenalkan Kategori Kids Push Bike dalam edisi ketujuh penganjuran acara itu pada 3 Mac tahun depan.

    Pengarah Urusan OCBC Bank (Malaysia) Berhad, Julius Evanson berkata kategori itu bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak menyertai acara kayuhan berbasikal dengan keselamatan yang terjamin selain menarik lebih ramai peserta dengan jangkaan 3,000 orang penyertaan tahun depan.

    Beliau berkata, ia terbuka kepada kanak-kanak berusia tiga hingga tujuh tahun melibatkan perlumbaan sejauh 250 meter (m) dan 200m.

    “Sekarang kami telah bersedia untuk menganjurkan kategori kanak-kanak. Pada edisi 2011, kami adakan kategori kanak-kanak tetapi agak sukar untuk mengendalikan golongan kanak-kanak ini berbanding kategori dewasa.

    “Jadi pasca pandemik kami mengadakan perbincangan dengan penganjur, Multi Green Events, untuk menganjurkan semula kategori Kids Push Bike,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian OCBC Kuala Lumpur 2024 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, hari ini.

    Beliau berkata seperti penganjuran tahun lepas, sebanyak dua kategori dipertandingkan untuk golongan dewasa iaitu 42km dan 21km, yang terbuka kepada peserta berusia 18 tahun ke atas. – Bernama

    Sekitar 18 jalan utama di pusat bandaraya ditutup untuk OCBC Cycle 2023 Kuala Lumpur. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda