Sunday, December 15, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thunder ke final Piala NBA

    LAS VEGAS, 15 DIS – Shai Gilgeous-Alexander menjaringkan 20 daripada 32 mata keseluruhan pada separuh masa kedua, dan Oklahoma City Thunder berjaya menjarakkan diri pada penghujung perlawanan untuk menewaskan Houston Rockets 111-96 dan melangkah ke perlawanan akhir Piala NBA.

    Thunder kini memegang rekod lima kemenangan berturut-turut menjelang perlawanan akhir menentang Bucks pada malam Selasa. Milwaukee mengalahkan Atlanta Hawks 110-102 dalam separuh akhir Konferens Timur. Perlawanan akhir itu tidak dikira dalam kedudukan liga.

    Isaiah Hartenstein menambah 21 mata untuk Thunder, Jalen Williams menjaringkan 20, manakala Luguentz Dort mencatat 19 mata dan sembilan rebound.

    Amen Thompson memimpin Houston dengan 19 mata, salah seorang daripada enam pemain Rockets yang mencatatkan angka dua digit, dan Alperen Sengun merekodkan 13 mata serta 11 rebound.

    Oklahoma City mencatatkan larian 13-3 untuk mendahului 97-82 dengan tinggal 4:57, memecahkan kebuntuan dalam perlawanan yang sebelum itu sengit.

    Thunder menjaringkan 70 mata pada separuh masa kedua. Lonjakan prestasi itu membolehkan Oklahoma City membalikkan ketinggalan 42-41 pada separuh masa pertama untuk meraih kemenangan yang agak mudah.

    Thunder akan bertemu Milwaukee dalam perlawanan akhir pada Selasa sebelum kembali beraksi dalam perlawanan musim biasa pada Khamis menentang Orlando.

    Rockets juga akan kembali beraksi dalam musim biasa pada hamis menentang New Orleans. – AP

    Jalen Williams (8) membuat lontaran menentang Alperen Sengun (28) dan Jalen Green (4) semasa separuh masa pertama perlawanan separuh akhir dalam kejohanan Piala NBA pada 14 Disember, di Las Vegas. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda