Tuesday, December 24, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada istilah tunggang populariti – Fattah

    Selepas bercerai dengan aktres Nur Fazura, nama aktor Fattah Amin bagaikan peluru berpandu, kembali meraih perhatian ramai.

    Ia dapat dilihat apabila setiap siaran langsung dalam TikTok meraih tontonan tinggi. Malah, Fattah juga dikatakan menjadi buruan produksi dan jenama produk.

    Namun, ada segelintir berpendapat kandungan dibuat oleh Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, kini tidak lagi bersesuaian.

    Bagaimanapun, Fattah tidak melihat populariti dan kontroversi dilalui sebagai umpan buat orang ramai membeli produk dipromosikan.

    “Saya sebenarnya tidak minta kandungan saya fyp. Ia berlaku dengan sendiri sekiranya orang ramai komen dan ‘like’. Saya tak boleh kawal dan kalau fyp itu benda yang baik, saya bersyukur. Sebabnya, ia adalah pemasaran baik untuk pelanggan saya.

    Fattah enggan komen isu tunggang populariti kerana rezekinya melimpah ruah diperoleh sudah tertulis. – mStar

    “Sudah tentu pelanggan mahu jenama dilihat ramai. Kalau soal orang meluat, saya tidak boleh nak komen sebab itu persepsi masing-masing.

    “Saya tak boleh nak kawal semua orang sukakan saya, pastinya ada yang suka dan tidak suka.

    “Apa yang penting, saya jalankan tanggungjawab saya memenuhi permintaan pelanggan,” katanya kepada BH Online.

    Mengulas persepsi menggunakan populariti dan kisah perceraian untuk raih perhatian, Fattah berkata, ia bergantung pada penerimaan orang.

    “Terpulang nak cakap apa sebab semua orang ada hak untuk bercakap. Saya tak boleh kawal apa orang nak komen. Biarlah orang cakap apapun, saya hanya buat kerja saya.

    “Saya percaya semua yang saya terima adalah rezeki Allah AWT. Saya mencari rezeki halal dan pelanggan hadir ketika mereka merasakan sesuai untuk guna khidmat saya,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda