Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada rancangan tangguh NBA

    NEW YORK, 22 DIS – NBA tidak merancang untuk menangguhkan musim yang sedang berlangsung ketika ini disebabkan oleh COVID-19 dan menilai untuk memendekkan masa pemain yang tidak beraksi, menurut suruhanjaya NBA, Adam Silver kelmarin.

    Silver, bercakap kepada ESPN, berkata liga, seperti masyarakat, mesti belajar untuk hidup bersama virus meskipun varian Omicron menyebabkan lonjakan kes positif – memaksa lima perlawanan pada minggu ini ditunda.

    “Tiada rancangan untuk menangguhkan musim ini,” kata Silver. “Kami sudah tentu menilai beberapa pilihan. Kami mempunyai masalah dengan apa logiknya untuk menangguhkan musim ini.

    “Virus ini tidak akan berhenti dan kita akan belajar untuk hidup dengannya.

    “Ia nampak seperti perkara yang betul dan bertanggungjawab untuk dilakukan adalah meneruskan permainan.”

    Lebih 80 pemain diuji semasa protokol COVID-19 NBA sejak beberapa hari, menyebabkan liga untuk melonggarkan peraturan untuk penukaran pemain dari skuad pembangunan.

    Silver berkata liga mungkin mengurangkan jumlah hari pemain berada di tepi gelanggang apabila memasuki protokol keselamatan COVID-19. – AFP

    Adam Silver memaklumkan NBA tidak merancang untuk menangguhkan musim permainan meskipun kebimbangan disebabkan oleh ancaman koronavirus. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda