Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tidak perlu buat ujian RTK-AG  di lapangan terbang M’sia

    PUTRAJAYA, 8 APRIL– Pengembara tidak perlu membuat ujian RTK-AG di lapangan terbang, jelas pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) susulan kekeliruan mengenai keperluan melakukan ujian RTK-AG sebaik sahaja mereka tiba di Malaysia.

    MAHB berkata prosedur operasi standard (SOP) terkini yang diumumkan kerajaan untuk pembukaan sempadan hanya memerlukan pengembara antarabangsa melakukan ujian RTK-AG dalam tempoh 24 jam sebaik tiba di Malaysia di mana-mana kemudahan kesihatan swasta termasuk klinik dan hospital pilihan mereka.

    “Bukan keperluan mandatori untuk melakukan ujian itu sebaik sahaja di lapangan terbang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini menafikan dakwaan bahawa pengembara dikehendaki melakukan ujian RTK-AG di lapangan terbang.

    MAHB berkata kemudahan melakukan ujian itu disediakan untuk penumpang yang ingin untuk melakukan ujian itu sebaik sahaja ketibaan mereka di lapangan terbang.

    Terdapat empat pengendali kemudahan kesihatan swasta yang memberikan perkhidmatan mereka di empat lapangan terbang berlainan.  

    Syarikat berkenaan adalah BP Clinical Lab Sdn Bhd di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Edgenta UEMS Sdn Bhd di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, MYEG Services Sdn Bhd di Lapangan Terbang Antara-bangsa Kota Kinabalu dan Gribbles Pathology (M) Sdn Bhd di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

    Malaysia membuka semula sempadannya pada 1 April lepas selari dengan Fasa Peralihan ke Endemik.

    Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 24 Mac lepas berkata pengembara dikehendaki menjalani ujian RTK-AG profesional sama ada di kemudahan kesihatan swasta di pintu masuk sempadan negara atau di luar premis dalam tempoh 24 jam kerana kegagalan berbuat demikian mereka boleh mengakibatkan mereka diusir. – Bernama

    Pada 1 April lalu, pengembara yang tiba di pintu sempadan antarabangsa Malaysia perlu membuat ujian profesional kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) dalam masa 24 jam sama ada di dalam lapangan terbang atau di klinik dengan mengeluarkan kos sendiri. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda