Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tiga insiden kebakaran dalam sehari

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BELAIT, 12 JUN – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) menyarankan orang ramai untuk memastikan kediaman mereka dilengkapi dengan peralatan memadam api setelah Cawangan Operasi B, JBP menerima laporan mengenai tiga insiden kebakaran di beberapa lokasi di Daerah Belait pada 9 Jun lalu.

    JBP dalam kenyataannya mengongsikan bahawa dalam insiden pertama iaitu kebakaran rumah di Perumahan RPN Kampung Lumut, seramai 10 orang anggota dari Balai Bomba Sungai Liang yang diketuai oleh Stesen Komander Balai Bomba Sungai Liang, SO Sulaiman bin Omar telah dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul 4:10 petang.

    Dalam insiden kedua iaitu kebakaran rumah di Perumahan STKRJ Kampung Mumong, Kuala Belait, seramai 10 orang anggota dari Balai Bomba Kuala Belait yang diketuai oleh Stesen Komander Balai Bomba Kuala Belait, ASFR Hanapi bin Haji Hamid telah dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul 5:25 petang.

    Manakala itu, dalam insiden ketiga iaitu kebakaran dapur di Jalan Utara Seria, empat anggota dari Balai Bomba Seria yang diketuai oleh Stesen Komander Balai Bomba Seria, ASFR Azlina binti Haji Adnan dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul 10:55 malam.

    JBP menasihatkan setiap pemilik kediaman perlu memiliki alat pemadam api ringan jenis debu kering 2kg dan selimut api sebagai usaha pantas untuk memadam kebakaran daripada merebak selain tidak sesekali meninggalkan masakan di dapur tanpa pengawasan dan jika terdapat kebocoran pada gas untuk memastikan membuka jendela dan pintu bagi pengudaraan.

    Di samping itu, orang ramai perlu menutup suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah serta memastikan penyelenggaraan wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

    Anggota bomba dan penyelamat, Cawangan Operasi B, JBP dikerahkan untuk memadam kebakaran di salah satu lokasi pada 9 Jun lalu.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...