PHNOM PENH, 2 DIS – Tiga pekerja maut, manakala 10 lagi cedera parah apabila dewan makan di dalam sebuah kuil di sini, yang sedang dalam pembinaan runtuh di wilayah Siem Reap.
Menurut polis, struktur terbabit runtuh ketika beberapa orang pekerja sedang menuang konkrit pada aras satu bangunan, di dalam kuil tersebut.
“Setakat ini, kami sudah menyelamatkan 10 mangsa dan kesemuanya mengalami cedera parah.
“Tiga pekerja disahkan meninggal dunia di hospital,” kata timbalan ketua polis wilayah, Phing Sambath kepada AFP. – AFP