Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pegawai kadet JBP hadiri kursus di S’pura

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS –Tiga orang pegawai kadet Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah dihantar untuk menghadiri kursus mandatori iaitu Rota Commander Course selama tujuh bulan di Singapore Civil Defence Academy (SCFF), Singapura pada 9 Disember lalu.

    Menurut kenyataan berkenaan, hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar kepada tiga orang pegawai kadet berkenaan ialah Pemangku Pengarah Bomba, Awang Nohi Irwan Surkarki bin Haji Pawi; Penolong Pengarah Perancangan Latihan dan Kakitangan, Hajah Siti Mayang binti Haji Hussin serta pegawai dan anggota JBP.

    Pegawai-pegawai kadet yang mengikuti kursus bermula Disember 2021 hingga Julai 2022 berkenaan ialah Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat (percubaan) Mohd Zyakwan bin Awang Idris; Penguasa Bomba dan Penyelamat (percubaan) Norazmi bin Haji Mohd Daud dan Penguasa Bomba dan Penyelamat (percubaan) Nur Ayu Qistina binti Abdullah Encharang.

    Tiga orang pegawai kadet JBP yang mengikuti kursus, Rota Commander Course selama tujuh bulan di Singapore Civil Defence Academy, Singapura. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda