Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pemenang bertuah promosi Grand i10 diumum

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov –  Syarikat Setia Motors Sdn Bhd telah mengumumkan tiga pemenang bertuah yang memenangi hadiah berupa tiket penerbangan ke Kuala Lumpur, Malaysia termasuk baucar membeli-belah untuk dua orang setelah nama-nama mereka terpilih dalam cabutan Promosi Hyundai Grand i10, pagi tadi.

    Mereka adalah Dayang Norsaini binti Mohamd Jaini, Pengiran Hajah Renawati binti Pengiran Haji Dahari dan Haji Zinal Abidin bin Haji Ibrahim yang masing-masing telah membeli kereta Hyundai Grand i10 semasa promosi tersebut.

    Cabutan bertuah berkenaan telah disempurnakan oleh wakil dari Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam BIBD At-Tamwil Bhd, Awang Mohd Firdaus bin Haji Mokim, Pengurus Jualan Baiduri Finance, Haji Muhammad Ali bin Haji Metussin dan Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB, Haji Osman bin Jair, di Bilik Pameran Hyundai, Setia Motors Sdn Bhd, Beribi.

    Wakil-wakil dari syarikat perbankan dan insurans bergambar ramai bersama pihak pengurusan Syarikat Setia Motors Sdn Bhd semasa mengumumkan pemenang cabutan bertuah Promosi Hyundai Grandi10.

    Turut hadir ialah Pengurus Besar Setia Motor Sdn Bhd, James Chin dan Pengurus Jualannya, Fadhillah Sulaiman.

    Sepanjang tempoh promosi berlangsung pada 1 Ogos hingga 31 Oktober, seramai 85 pelanggan telah membeli kereta Grand i10 dan layak menyertai cabutan bertuah berkenaan namun hanya tiga pelanggan bertuah sahaja yang dipilih untuk memenangi hadiah menarik tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda