Monday, January 20, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    TikTok kembali di AS atas usaha Trump

    WASHINGTON, 20 JAN – TikTok kembali beroperasi pada petang kelmarin selepas Donald Trump, yang kembali memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk penggal kedua berkata bahawa pengguna, “berhak untuk menyaksikan pelantikannya yang mengujakan.”

    Trump juga mengumumkan lanjutan tempoh untuk mengelakkan aplikasi itu terus dihentikan.

    Apabila pengguna membuka aplikasi itu, mesej daripada TikTok memaparkan, “Selamat kembali! Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda. Hasil usaha Presiden Trump, TikTok kini kembali di AS!” menurut laporan United Press International (UPI).  

    Dalam kenyataan di platform Truth Social pada pagi kelmarin, Trump menyeru syarikat-syarikat agar tidak membiarkan TikTok dihentikan operasinya.  

    “Saya akan mengeluarkan perintah eksekutif pada Isnin untuk melanjutkan tempoh sebelum larangan undang-undang berkuat kuasa supaya kita boleh mencapai perjanjian bagi melindungi keselamatan negara kita,” kata Trump.  

    Majlis pelantikan Trump sebagai Presiden AS ke-47 dijadualkan berlangsung pada hari ini, 20 Januari. Beliau akan mengangkat sumpah jawatan bersama JD Vance yang akan menjadi Naib Presiden AS. – Bernama/UPI 

    Donald Trump bercakap pada perhimpunan menjelang Perasmian Presiden ke-60 di Washington kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda