MELBOURNE, 22 DIS – Ketua Terbuka Australia, Craig Tiley hari ini berkata dia yakin Rafael Nadal akan bermain di Melbourne walaupun diuji positif dijangkiti COVID-19, ketika kerisauan terbaharu mengenai Novak Djokovic.
Bintang kelahiran Sepanyol, Nadal pada Isnin berkata dia diuji positif selepas pulang daripada perlawanan pertunjukan di Abu Dhabi dan mengalami ‘beberapa saat yang tidak menyenangkan’.
Sementara itu pemenang Grand Slam 20 kali itu berkata dia akan menilai semula kesemua komitmen permainannya, Tiley berkata Nadal akan pulih secukupnya untuk mengejar kejuaraan kedua Terbuka Australia pada Januari.
“Saya yakin Rafa akan berada di sini,” menurut pengarah kejohanan memberitahu wartawan di Melbourne.
“Pemain yang diuji positif akan melengkapkan tempoh masa sehingga mereka tidak lagi dijangkiti dan mereka akan dalam keadaan sihat.”
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2021/12/P23-A_23122021.jpg)
Pemain nombor satu dunia, Djokovic, yang memenangi sembilan daripada 20 gelaran Grand Slam di Melbourne Park, kekal belum diketahui disebabkan keengganannya untuk mengesahkan sama ada di sudah menerima vaksin atau belum.
Pemain berusia 34 tahun itu disenaraikan dalam senarai kemasukan kejohanan namun ayahnya, Srdjan melaporkan penyertaannya masih belum dijamin.
Tiley berkata ‘peratusan kecil’ pemain dan kakitangan belum divaksinasi akan diberikan pengecualian perubatan di Terbuka Australia, namun identiti mereka dilindungi dengan protokol privasi yang ketat.
Dia tidak menyedari mana-mana pemain yang memaklumkan penganjur bahawa mereka dikecualikan.
“Jika Novak tampil di Terbuka Australia, dia sama ada sudah menerima vaksin atau diberikan pengecualian perubatan,” kata Tiley.
“Dari segi perubatan, dia tidak bercakap kepada sesiapa mengenainya – Saya tidak akan bertanya kepada Novak, ia bukan urusan saya.”
Sebarang petunjuk Djokovic diberikan pengecualian berkemungkinan akan menimbulkan kemarahan awam di Melbourne, yang terpaksa mengharungi perintah berkurung yang lama bagi membendung virus. – AFP