Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kefahaman peranan Bahasa Melayu dalam perpaduan bangsa

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Persatuan Brunei-Amerika Syarikat (BUSA) dan Politeknik Brunei (PB) dengan kerjasama Pusat Sejarah Brunei (PESEBAR) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kelmarin telah mengadakan webinar bertajuk ‘Memartabatkan Bahasa Melayu, Melestarikan Perpaduan Bangsa’.

    Webinar bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Bru-nei Darussalam ke-38 itu juga diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Bahasa yang diadakan sepanjang 2022.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada webinar berkenaan ialah Yang Di-pertua PESEBAR, Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.

    Webinar diadakan adalah bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan meningkatkan kefahaman ahli-ahli BUSA mengenai peranan Bahasa Melayu dalam perpaduan bangsa serta konsepnya dalam falsafah negara Melayu Islam Beraja.

    Ia juga diharapkan dapat mendekatkan para peserta kepada penggunaan Bahasa Melayu setiap hari dan gagasan untuk memartabatkan Bahasa Melayu kepada masyarakat Amerika Syarikat (AS) di Negara Brunei Darussalam dan seterusnya mengeratkan silaturahim antara kedua-dua buah negara.

    Lebih kurang 90 orang terdiri ahli dan para jemputan menghadiri webinar berkenaan.

    Turut membentangkan kertas kerja pada webinar berkenaan ialah pegawai DBP Hajah Norati binti Bakar yang antara lain menyentuh mengenai memartabatkan Bahasa Melayu, melestarikan perpaduan bangsa, majoriti alam Melayu, Bahasa Melayu Brunei, perancangan bahasa dan banyak lagi.

    Manakala itu, kertas kerja yang dibentangkan oleh tetamu kehormat menyentuh mengenai bahasa dalam Melayu Islam Beraja, hukum kanun Brunei, kedudukan Bahasa Melayu dan banyak lagi.

    Turut hadir ialah Pegawai Hal Ehwal Awam, Jeffrey Barrus selaku wakil dari Kedutaan AS di Negara Brunei Darussalam dan pendukung utama bagi Persatuan BUSA.

    Webinar yang diadakan oleh BUSA dan PB dengan kerjasama PESEBAR dan DBP telah dihadiri oleh ahli-ahli dan para jemputan secara dalam talian.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda