Saturday, September 28, 2024
34.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat pengetahuan, persiapan pelajar hadapi PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    TEMBURONG, 27 SEPT – Ke arah mendukung matlamat Wawasan Brunei 2035 untuk melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, Sekolah Arab Temburong kelmarin, telah menganjurkan Program Ilal Majdi Wal Ula bertemakan PSR Siuk 2024 Space Expedition yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan.

    Program melibatkan penyertaan pelajar-pelajar Tahun 6 dari lima buah sekolah Arab iaitu Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Mahad Islam Brunei, Sekolah Arab Belait, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan, dan Sekolah Arab Temburong, serta dua buah sekolah jemputan iaitu Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi dan Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar.

    Antara lain tujuan program berkenaan adalah sebagai satu usaha pihak sekolah dalam mempelbagaikan kaedah pembelajaran melalui permainan.

    Di samping itu, ia juga sebagai pengukuhan pembelajaran untuk persiapan menghadapi Penilaian Sekolah Rendah (PSR) nanti.

    Hadir selaku tetamu khas di majlis itu, Ketua Bahagian Sekolah Arab, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Mohamad Aminuddin bin Pengiran Haji Hussin.

    Turut hadir, Guru Besar Sekolah Arab Temburong, Dayang Serikartini binti Haji Omar, dan guru-guru sekolah.

    Para pelajar semasa menyertai aktviti pada program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENGAJIAN ISLAM
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENGAJIAN ISLAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda