BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Sekolah Tinkerbell baru-baru ini telah mengadakan Ceramah Penjagaan Kesihatan Mulut dan aktiviti penjagaan gigi untuk pelajar peringkat pra sehingga rendah di sekolah itu di Kampung Sungai Orok, Salambigar.
Ceramah pergigian disampaikan oleh jururawat pergigian dari Jabatan Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan yang menekankan mengenai penjagaan kesihatan mulut yang betul, kepentingan kebersihan mulut, cara-cara memberus gigi yang betul dan penjagaan kesihatan menyeluruh.
Pada akhir ceramah, para pelajar ditunjukkan cara-cara memberus gigi dengan betul dan mempraktikkannya sebelum mereka menikmati hidangan ringan.