Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tip solekan wanita berkaca mata

    Memilih solekan yang betul boleh sahaja menjadi satu cabaran bagi menonjolkan wajah awda lebih-lebih lagi apabila berkaca mata. Akan tetapi, tidak bermakna awda tidak boleh bersolek apabila berkaca mata.

    Solekan sudah pasti menjadi salah satu keperluan terbesar terutama untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan kulit awda. Solekan juga secara meluas dapat menyerlahkan, menentukan dan meningkatkan ciri tertentu pada wajah awda.

    Namun begitu bagi yang berkaca mata, mungkin awda menghadapi beberapa masalah yang mungkin tidak dapat dielakkan. Justeru, ramai yang memilih untuk memakai kanta lengkap kerana berfikir bahawa solekan tidak sesuai untuk mereka. Berikut dikongsikan tip solekan yang perlu awda tahu bagi wanita yang berkaca mata.

    1. ELAKKAN MEMAKAI FOUNDATION BERLEBIHAN

    Salah satu masalah yang paling biasa berlaku ialah tompokan, kesan merah dan calar di bahagian hidung berdekatan dengan mata.

    Ia adalah satu perkara yang jelas, tetapi semakin tebal awda melapisi foundation, semakin ketara kesannya. Oleh itu, apabila awda menggunakan foundation, sapukan secara minimum di bahagian yang mudah bertompok.

    Wanita berkaca mata juga memerlukan solekan bagi menyerlahlah lagi wajah. – Envato
    Dengan melentikkan bulu mata juga memberikan kesan terhadap penampilan wanita berkaca mata. – Envato

    Paling penting, pastikan kemasan foundation awda agak matte pada batang hidung tempat terletaknya cermin mata agar ia tidak tergelincir dan merosakkan sebarang solekan.

    2. PILIHAN SOLEKAN MATA

    Memilih solekan yang sempurna untuk pemakai kaca mata tidak perlu terlalu berlebihan, dan awda perlu memilih sesuatu yang boleh dirasakan selesa dan yakin dipakai. Memilih rona gelap akan membuatkan efek mata kelihatan kecil dan gelap di sebalik kaca mata.

    Di samping itu, ambil perhatian rona pastel dan kilauan berfungsi dengan baik dari segi mencerahkan mata sambil mengekalkan warna di bawah bulu mata tersebut.

    Teknik lain untuk membuka mata awda adalah dengan menyapukan celak putih pada garis bawah mata.

    Ini menjadikan mata kelihatan lebih besar dan cerah serta membuatkan awda kelihatan lebih berseri.

    Ini adalah masalah biasa di mana semua pemakai kaca mata perlu tahu. Memakai kaca mata menarik perhatian kepada mata awda, terutama sekali apabila memakai solekan.

    3. LENTIKKAN BULU MATA

    Apabila ia berkaitan dengan bulu mata atau extension bulu mata, utamakan lentik daripada panjang.

    Ia memberikan impak yang sama, tetapi itu bermakna bulu mata awda tidak akan memberus atau terkena kanta setiap kali berkelip.

    4. CONCEALER MENUTUPI BAYANG BAWAH MATA

    Kaca mata memberikan bayang-bayang tambahan di sekitar kawasan mata, dan jika ia mempunyai kanta pembesar, ia juga akan menyerlahkan bayang-bayang yang sedia ada di bawah mata dan menunjukkan sebarang kedutan dalam solekan.

    Justeru, alat solek terbaik ialah concealer yang memantulkan cahaya untuk mengatasi bayang-bayang, dan semburkan dengan salah satu setting spray terbaik.

    5. MENYESUAIKAN BINGKAI DENGAN RONA BIBIR

    Bingkai tebal dikatakan lebih besar dan lebih berani manakala bingkai nipis adalah cara yang perlu dilakukan apabila awda tidak mahu menarik perhatian pada bahagian khusus.

    Ia lebih sebati dengan wajah awda, bagi membantu untuk menekankan ciri-ciri wajah.

    Jika awda memutuskan untuk menggunakan sepasang kaca mata bingkai nipis, awda boleh menyerlahkan penampilan tersebut dengan warna bibir yang terang.

    Akan tetapi sekiranya awda memilih bingkai yang lebih tebal, cuba kilauan bibir dengan rona neutral.

    Ini bukan sahaja akan menonjolkan bingkai tetapi juga mengekalkan keseimbangan yang baik bersama solekan awda. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda