Sunday, September 29, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tomljanovic mara ke final WTA pertama dalam tempoh lima tahun

    BIRMINGHAM, 23 JUN – Ajla Tomljanovic dari Australia mara ke final WTA pertamanya dalam tempoh lima tahun kelmarin dengan kemenangan straight set ke atas Anastasia Potapova dari Rusia di kejohanan gelanggang rumput Birmingham.

    Bekas pemain nombor 32 dunia itu, kini menduduki ranking ke-190, bangkit menentang pilihan ketujuh itu dengan skor 7-6 (7/5), 6-4.

    Pada perlawanan akhir hari ini, Tomljanovic akan menentang pemain bukan pilihan lain, Yulia Putintseva selepas pemain Kazakhstan itu menang 6-2, 6-2 ke atas Elisabetta Cocciaretto dari Itali.

    “Saya hanya cuba untuk kekal bertenang. Pada mulanya, saya berasa seperti terlalu serius dan kehilangan banyak tenaga hanya kerana saya mengambil berat tentang setiap mata,” kata Tomljanovic.

    “Saya cuba untuk melupakan apa sahaja yang telah berlaku, dan memberikan tumpuan kepada apa yang boleh saya kawal.”

    Kali terakhir Tomljanovic mara ke final WTA adalah pada tahun 2019 di gelanggang keras di Hua Hin, Thailand.

    Pemain berusia 31 tahun itu terlepas banyak perlawanan pada musim 2023 disebabkan oleh pembedahan lutut dan kini berusaha untuk meraih gelaran pertamanya dalam 180 perlawanan utama WTA. – AFP

    Aksi Tomljanovic menentang Potapova semasa perlawanan tenis separuh akhir perseorangan wanita di Edgbaston Priory Club di Birmingham, tengah England pada 22 Jun 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda