Sunday, October 6, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tourism Malaysia lancar Pakej Pelancongan Durian

    Oleh Nurdiyanah R.-

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Bagi para penggemar raja buah pastinya satu debaran menanti awda di mana Tourism Malaysia telah melancarkan Pakej Pelancongan Durian 2024/2025 pada 27 Jun lalu.

    Malaysia, yang terkenal dengan kekayaan warisan budaya dan juga memiliki landskap yang menakjubkan, mengalu-alukan awda untuk sama-sama menerokai detik-detik pengalaman dan perjalanan unik menikmati pelbagai jenis durian yang lazat di samping menyertai bermacam-macam aktiviti pelancongan yang menarik sebagaimana yang tersenarai dalam risalah pakej pelancongan tersebut.

    Risalah yang mengandungi sebanyak 62 pakej pelancongan yang direka dengan teliti, merangkumi daripada tempat-tempat percutian dari keindahan desa yang subur lagi alami sehingga kepada destinasi landskap bandar yang begitu menarik untuk diterokai bersama insan-insan tersayang.

    Setiap satu pakej berkenaan pastinya akan menawarkan pengalaman peribadi yang mampu memenuhi cita rasa dan juga pengembaraan destinasi awda.

    Menampilkan pelbagai pilihan termasuk percutian golf yang mewah, pengalaman glamping yang mengasyikkan, lawatan kereta api yang mempesonakan dan tidak ketinggalan merasai persiaran yang menawan, segala pilihan ini tersedia bagi memastikan kepuasan minat bagi setiap pengembara yang mengikuti pakej pelancongan ini.

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda