Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    Toyota lanjut penggantungan pengeluaran tiga model

    TOKYO, 16 JUN – Toyota Motor Corp telah memutuskan untuk meneruskan penggantungan pengeluaran semasa bagi tiga model kenderaannya yang terjejas akibat penyelewengan ujian sehingga Julai atau lebih lewat.

    Toyota memutuskan untuk melanjutkan penggantungan pengeluaran selepas tarikh akhir yang ditetapkan pada 28 Jun, kerana siasatan dalaman dan siasatan oleh Kementerian Tanah masih berterusan, kata pengeluar kereta Jepun itu Jumaat lalu.

    Syarikat gergasi kenderaan itu berkata ia belum memutuskan bila untuk menyambung semula pengeluaran, tetapi penggantungan itu akan kekal sekurang-kurangnya sehingga 31 Julai.

    Toyota didapati pada awal bulan ini telah memalsukan ujian prestasi untuk mendapatkan sijil kerajaan bagi kenderaannya.

    Berikutan perintah Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan untuk menghentikan penghantaran model yang terjejas, Toyota menghentikan pengeluaran tiga model, termasuk Yaris Cross, di kilangnya di wilayah Miyagi dan Iwate.

    Penggantungan itu berlaku selepas kementerian mendedahkan lima pengeluar kereta utama Jepun, Toyota, Honda Motor, Mazda, Yamaha Motor dan Suzuki Motor, terlibat dalam amalan penipuan semasa permohonan pensijilan pengeluaran besar-besaran mereka.

    Pegawai Kementerian Pengangkutan telah menjalankan pemeriksaan di kilang Toyota, Mazda, Yamaha, Honda dan Suzuki berhubung salah laku tersebut. – Xinhua

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...