Friday, September 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trudeau terselamat lagi daripada usul undi tidak percaya

    NEW YORK, 26 SEPT – Kerajaan minoriti Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau sekali lagi berjaya mengatasi undi tidak percaya yang dicadangkan oleh Parti Konservatif kelmarin, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.

    Dengan sokongan daripada Parti Demokratik Baru (NDP) dan Bloc Québécois, kerajaan Liberal Trudeau terus bertahan, sekali gus mengelakkan pilihan raya awal.

    Meskipun Parti Konservatif berjanji akan terus mengemukakan usul undi tidak percaya, Trudeau setakat ini masih dapat mengekalkan kedudukannya.

    Beliau yang menjadi Perdana Menteri sejak 2015, kini berdepan pelbagai cabaran termasuk ekonomi yang tidak stabil dan skandal politik.

    Ketua NDP, Jagmeet Singh baru-baru ini menyatakan bahawa parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan Trudeau, namun tidak menunjukkan tanda-tanda mahu mencetuskan pilihan raya awal.

    Pilihan raya umum Kanada dijadualkan pada Oktober 2025, dengan ketua Parti Konservatif, Pierre Poilievre, dilihat sebagai pencabar utama dalam pilihan raya akan datang. – Bernama

    Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau sekali lagi berjaya mengatasi undi tidak percaya yang dicadangkan oleh Parti Konservatif. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda