WASHINGTON, 31 MAC – Presiden Donald Trump berkata kelmarin bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menghantar peralatan perubatan untuk menangani pandemik koronavirus ke Itali dan kemudian ke Perancis dan Sepanyol.
Trump, berkata ketika sidang taklimat, memberitahu beberapa spesifikasi mengenai jenis bantuan dan masanya, tetapi ia berkata kuantiti besar akan dihantar ke Itali, negara yang paling teruk terjejas disebabkan pandemik tersebut.
“Kita akan menghantar barangan bernilai kira-kira $100 juta, dalam bentuk barang pembedahan dan perubatan hospital ke Itali,” beliau berkata, menambah bahawa perdana menteri Itali, Guissepe Conte berasa ‘sangat, sangat gembira’.
Rumah Putih berkata Trump dan Conte berbual melalui panggilan telefon kelmarin.
Trump ‘mengulangi komitmen AS untuk bekerjasama dengan Itali dan semua rakan Eropah dan rakan kongsi untuk menghentikan virus tersebut dan mendapatkan penjagaan kesihatan kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan.
Trump menerima kritikan kerana tindakan kurang pantas untuk tindak balas kerajaan kesatuan untuk menghentikan penyebaran pandemik yang semakin meningkat di AS.
Keadaan huru-hara dari hospital di New York dan di seluruh tempat menunjukkan sistem kesihatan tidak bersedia dengan kelengkapan asas seperti penutup muka, peralatan penyelamat nyawa seperti alat pernafasan. – AFP