Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tuah Bell Ngasri dapat kereta RM200,000

    Kemenangan bersejarah Bell Ngasri di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) pada 21 Julai lalu menjentik hati pemilik syarikat kenderaan DTC Motors untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada aktor berkenaan.

    Afendy Wahid berkata, dia mengambil keputusan menaja selepas melihat tiada sebarang pihak berbuat demikian selain merasakan pelakon dan pelawak itu layak menerima hadiah tersebut.

    “Sabtu lalu saya ada berborak dengan kawan di pejabat tentang kemenangan Bell Ngasri di ABPBH35… terdetik pula masa itu nak hadiahkan sebuah kenderaan memandangkan tiada orang menajanya.

    “Nak dijadikan cerita kawan saya ada hubungi Isnin lalu selepas mendengar penyampai Hot FM memaklumkan jika ada pihak mahu menaja Bell.

    “Terus cepat-cepat kami hubungi radio dan maklumkan nak taja… semuanya secara spontan,” katanya ketika dihubungi mStar baru-baru ini.

    Enggan mendedahkan butiran mengenai kereta bakal diterima pelawak berkenaan, Afendy memaklumkan kenderaan itu bernilai RM200,000.

    Jelas Afendy, kereta itu nanti pasti akan memberi keselesaan bukan sahaja kepada Bell tetapi buat keluarganya.

    Majlis penyerahan kenderaan itu akan diadakan pada Isnin ini.

    “Buat masa ini kami rahsiakan dulu… semuanya akan terungkap pada hari Isnin nanti.

    “Anggaran harga dalam RM200,000 tapi tak termasuk roadtax dan insurans… Tapi kita tapau habis kira siap dengan jaminan, dan tambah beberapa aksesori. Semua siap dan Bell tak payah buat apa-apa pun.

    “Kereta kami mestilah kereta import sesuai dengan dia dan keluarga. Bolehlah dia buat ambil anak sekolah, meriah sikit,” ujarnya. – mStar

    Kereta tajaan DCT Motors untuk Bell masih lagi rahsia. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda