Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tugas saya lindungi pemain – Mourinho

    MANCHESTER, 31 Okt – Jose Mourinho berkata Romelu Lukaku seharusnya ‘tidak boleh diganggu’ selepas mempersoalkan layanan ke atasnya oleh penyokong Manchester United buat kali kedua dalam masa tiga hari.

    Lukaku membuat permulaan pantas dalam kerjayanya bersama United, menjaringkan 11 gol dalam 10 perlawanan pertamanya untuk kelab susulan perpindahannya bernilai 75 juta pound dari Everton pada bulan Julai.

    Namun, dia gagal menemui gol dalam lima penampilan terakhir dan Mourinho menyatakan bahawa Lukaku tidak mendapat sokongan secukupnya daripada penyokong.

    Pengurus itu menyuarakan rasa tidak gembiranya menerusi MUTV selepas kemenangan 1-0 ke atas Tottenham dalam aksi Liga Perdana, yang mana tandukan Lukaku telah mencipta peluang menjaringkan gol kemenangan buat Anthony Martial.

    Pengurus Man United, Jose Mourinho (dua kiri) ketika menghadiri sesi latihan di kompleks latihan kelab berdekatan Carrington menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Basel. – AFP

    Mourinho terus mempertahankan sumbangan penyerangnya itu ketika pasukannya bakal beraksi dalam perlawanan di laman sendiri menentang Benfica.

    “Penyokong adalah penyokong dan saya juga diberitahu bahawa penyokong membayar tiket mereka dan mereka bebas untuk mengekspresikan diri mereka,” kata Mourinho di pusat latihan United.

    “Tetapi tugas saya adalah melindungi pemain saya ketika mereka merasakan ia adalah perlu dan saya fikir Romelu adalah salah seorang pemain yang seharusnya tidak diganggu dari segi hormat daripada semua orang.

    “Apa yang dilakukannya untuk pasukan adalah luar biasa,” kata bos United itu. “Dia luar biasa. Dan bermain bola sepak sebagai seorang penyerang, bukan hanya mengenai menjaringkan gol.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda