MANILA, 21 APRIL – Tujuh kru yang terpaksa meninggalkan kapal kargo mereka selepas ia terkandas semasa taufan di Filipina telah diselamatkan manakala empat mayat turut ditemui, kata pihak berkuasa hari ini.
Pasukan penyelamat masih lagi mencari sembilan kru dua hari selepas kapal Cebu Great Ocean terlanggar pesisir di bandar Malimono, selatan pulau Mindanao.
Mangsa terselamat dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan dalam keadaan yang stabil, kata pegawai bencana tempatan, Aladdin Sumampong.
“Saya bertanya kepada mereka apa yang berlaku ketika kapal itu terkandas…namun mereka berkata kapten mengarahkan untuk meninggalkan kapal itu kerana ia akan karam tidak lama lagi disebabkan ombak besar,” kata Sumampong kepada AFP.
Kapal berdaftar Filipina – membawa muatan bijih nikel dan 2,000 liter minyak diesel – masih lagi terapung, kata Sumampong. – AFP