Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh maut dalam kebakaran dipercayai disengajakan di Perancis

    NICE, PERANCIS, 18 JULAI – Kebakaran bangunan pangsapuri awal hari ini mengorbankan tujuh orang di bandar Nice di selatan Perancis dan polis sedang menyiasat kebakaran itu sebagai kemungkinan kebakaran yang disengajakan, kata pihak berkuasa.

    Mangsa yang maut termasuk tiga orang kanak-kanak, berumur lima, tujuh dan 10 tahun, dan seorang berusia 17 tahun yang cuba melarikan diri dengan melompat dari tingkap, tambah mereka.

    Pangsapuri itu diduduki oleh sebuah keluarga yang dipercayai berasal dari Comoros, kata pengawas wilayah Hugues Moutouh, merujuk kepada negara kepulauan Afrika selatan.
    Sepuluh orang berada di dalam ketika kebakaran berlaku.

    Pasukan penyelamat dimaklumkan kira-kira pukul 2:30 pagi (0030 GMT) mengenai kebakaran di tingkat tujuh bangunan di kawasan kejiranan berpendapatan rendah Les Moulins, yang terkenal sebagai hab pengedaran dadah, di barat bandar itu.

    Walaupun banyak sumber dikerahkan, “malangnya tujuh orang maut dalam kebakaran ini,” kata anggota bomba.

    Jiran-jiran bergegas mengheret tilam di hadapan bangunan untuk menahan kejatuhan mereka yang melompat keluar dari tingkap.

    Empat orang anggota polis berada dalam penjagaan psikologi selepas menyaksikan tempat kejadian. – AFP

    Anggota bomba bekerja dalam bangunan di mana kebakaran berlaku di kawasan kejiranan kelas pekerja di Nice, selatan Perancis, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda