MILAN, 26 Feb – Mario Mandzukic yang banyak mensia-siakan peluang di separuh masa pertama telah menebusnya dengan menginspirasikan kemenangan 2-0 Juventus di laman sendiri ke atas Empoli, sekali gus mendekatkan gergasi Turin itu untuk kejuaraan Serie A keenam berturut-turut.
Juventus, meraih kemenangan ke-22 mereka dalam 26 perlawanan, mempunyai kelebihan 10 mata dengan pencabar terdekat mereka, Roma, menjelang kunjungan mereka ke Inter Milan awal pagi Isnin.
Napoli kekal berada di tangga ketiga tetapi kini 12 mata di belakang pendahulu selepas tewas mengejut 2-0 di laman sendiri kepada Atalanta, menjadikan harapan mendapatkan kejuaraan semakin tipis.
Kekalahan Roma di San Siro pasti akan memberikan tamparan besar ke atas harapan mereka untuk memburu kejuaraan, tetapi jurulatih Juventus Massimiliano Allegri berkata belum ada yang telah dimenangi.
“Setentunya tidak,” kata apabila ditanya jika Juve sudah pasyi memenangi Serie A.
“Roma mungkin tujuh mata di belakang kami menjelang esok, kami masih mempunyai banyak baki perlawanan.
“Kami perlu memenangi sebanyak mungkin perlawanan dan malam ini (semalam), menentang Empoli, bukannya perlawanan mudah.
“Ia memerlukan kami sehingga separuh masa kedua untuk memecahkan kebuntuan.”
Juventus juga memburu liga dan piala buat kali ketiga berturut-turut, dan Allegri menggariskan cita-cita itu dengan merehatkan beberapa pemain utamanya perlawanan separuh akhir kedua menentang Napoli minggu depan. – AFP