Thursday, December 12, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turkiye rancang 750 penggalian arkeologi

    ANKARA, 9 JULAI – Turkiye menyasarkan sekitar 750 aktiviti penggalian dan kajian arkeologi di negara itu menjelang akhir 2023, menurut Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan kelmarin.

    Wilayah tengah Konya iaitu kawasan Gokhoyuk akan dijadikan sebagai lokasi penggalian arkeologi baharu peninggalan prasejarah dan purba dari Neolitik hingga Zaman Besi, yang akan bermula beberapa hari akan datang.

    Penggalian yang dihentikan di bandar purba Sobesos di daerah Urgup wilayah Nevsehir juga akan disambung semula tahun ini, lapor agensi Anadolu.

    Kerja-kerja pemulihan akan diteruskan di kawasan seperti Laodicea dan Tripolis di wilayah Denizli; Olympos, Patara, Perge, dan wilayah Antalya; Stratonikeia, Euromos, Knidos dan Istana Becin di wilayah Mugla dan Istana Silifke serta Uzuncaburc di Mersin.

    Projek Penyelidikan Zaman Neolitik yang dimulakan sebagai sebahagian daripada Projek Tastepeler di wilayah Sanliurfa membabitkan 12 kawasan, akan diteruskan dengan penyertaan saintis dari pelbagai negara.

    Sebagai tambahan kepada aktiviti ekskavasi di bandar purba, pemulihan akan dijalankan serentak bagi memulihkan bandar. – Bernama

    Turkiye menyasarkan sekitar 750 aktiviti penggalian dan kajian arkeologi di negara itu menjelang akhir 2023. – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda