Thursday, March 6, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    UAE tolak rayuan 53 individu dipenjara seumur hidup

    DUBAI, 5 MAC – Mahkamah Emiriah Arab Bersatu (UAE) menolak rayuan 53 individu yang disabitkan dalam perbicaraan beramai-ramai sebelum ini, dengan kebanyakan mereka dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, menurut laporan agensi berita WAM kelmarin.

    Keputusan Mahkamah Agung Persekutuan UAE itu dibuat selepas defendan disabitkan pada Julai lalu atas dakwaan mempunyai kaitan dengan kumpulan Ikhwanul Muslimin, yang diharamkan di negara itu.

    Bagaimanapun, keputusan itu mendapat kecaman daripada HRW yang menyifatkannya sebagai ‘tidak adil’ dan mendakwa hukuman tersebut berdasarkan aktiviti membela hak asasi manusia secara aman, bukannya jenayah keganasan.

    “Keputusan ini mengesahkan bahawa penindasan terhadap pengkritik aman terus menjadi amalan di UAE,” kata penyelidik HRW, Joey Shea, sambil menggesa pihak berkuasa membatalkan hukuman dan membebaskan semua tertuduh tanpa syarat.

    Menurut HRW dan Amnesty International, ramai defendan telah berada dalam tahanan selama lebih sedekad sejak perbicaraan ‘UAE 94’ pada 2013, yang turut dikecam oleh kumpulan hak asasi dan pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada ketika itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda