Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ubah pusat membeli-belah terbiar jadi tempat seni

    SINGAPURA – Di Singapura, grafiti adalah dilarang, para kreatif muda telah mengambil alih sebuah pusat membeli-belah yang terbiar, menyembur dinding dengan lukisan yang berwarna-warni dan mengadakan bengkel seni untuk menghidupkan semula tempat tersebut.

    Peace Centre, yang kira-kira berusia setengah abad, dijadualkan untuk dirobohkan pada tahun 2023. Walau bagaimanapun, peminat-peminatnya berpendapat bahawa Peace Centre telah menyediakan ruang unik untuk mengekspresikan diri.

    Kelulusan daripada pihak berkuasa diperlukan untuk sebarang jenis seni jalanan di negara Asia Tenggara ini.

    Pada Ogos tahun lalu, PlayPan, sebuah inisiatif yang dipelopori oleh usahawan Gary Hong, berjaya meyakinkan pemaju untuk menangguhkan rancangan untuk merobohkan pusat membeli-belah tersebut.

    Jawapan yang diterima oleh penyokong inisiatif tersebut ialah bahawa mereka boleh meneruskan dan menggunakan ruang tersebut untuk eksperimen sosial bagi membawa komuniti bersama-sama’, kata Hong kepada AFP.

    Para kreatif muda menyembur lukisan cat mural berwarna-warni dan mengadakan bengkel seni untuk menghidupkan semula ruang dalam kedai tersebut itu. – AFP
    Dalam gambar yang diambil pada 19 Januari 2024, seorang lelaki memasuki sebuah pusat membeli-belah terbiar menjadi kawasan seni di Singapura. – AFP
    Gambar AFP
    Gambar AFP
    Perniagaan kecil membuka gerai secara percuma atau dengan kadar diskaun yang tinggi. – AFP

    Mereka diberikan ruang untuk mengadakan persembahan dan bengkel selama beberapa bulan, membolehkan artis, pelajar, badan amal dan perniagaan kecil membuka gerai secara percuma atau dengan kadar diskaun yang tinggi.

    Gabungan antara kedai sementara, pameran seni dan persembahan muzik telah mengubah pusat membeli-belah yang sebelum ini suram menjadi tempat seni yang tidak diduga.

    Namun, pada penghujung Januari, pusat membeli-belah itu akan menamatkan projek seni tersebut dan ditutup dengan rasminya.

    Peace Centre dulunya merupakan pusat membeli-belah yang popular tetapi kemudiannya kehilangan daya tariknya kepada pusat-pusat membeli-belah yang lebih mewah yang muncul dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Dalam dua dekad terakhir, Peace Centre kebanyakannya dikenali kerana kedainya yang menjalankan perkhidmatan mencetak dan bilik-bilik karaoke yang kelihatan buruk.

    Sejak pusat itu diubahsuai menjadi ruang seni, ramai golongan muda menghadiri bengkel graffiti, melukis dinding kedai yang ditutup dengan semburan cat sementara pelanggan melihat pameran dan gerai pakaian terpakai.

    Ini bukan sesuatu yang biasa dilakukan pada hujung minggu, lebih-lebih lagi di kawasan tertutup, di dalam sebuah pusat membeli-belah,” kata Darryl Poh, seorang penjual berusia 29 tahun yang mengambil bahagian dalam bengkel melukis dengan semburan cat.

    Dinding dan cermin di bilik air dipenuhi dengan lukisan grafiti. Selain itu, lagu daripada kumpulan Rage, Against the Machine berkumandang dari salah satu kedai.

    Sementara di tingkat bawah bangunan, minuman disajikan kepada pelanggan. Selain itu, di kedai berdekatan, CD muzik metal dan barang hiasan kecil dijual kepada pengunjung.

    Ruang seperti ini jarang dilihat di Singapura, sebuah pusat kewangan utama di Asia.

    Menurut Ning Fei, penting untuk tahu di mana untuk mencari atau menemui sesuatu yang istimewa. Dia merasakan bahawa walaupun kerajaan boleh mengatur aktiviti atau menyusun sesuatu, tetapi pada akhirnya, individu masih akan melakukan apa yang mereka mahu secara peribadi.

    Dinding luar bangunan dipenuhi dengan risalah yang mengiklankan pelbagai aktiviti dari kelas ukulele hingga lukisan di atas batu, sementara mural futuristik bagi menyambut kedatangan pengunjung di pintu masuk utama.

    Gabriel, seorang jurugambar berusia 43 tahun, mendirikan gerai untuk mengambil potret orang yang sedang berjalan bagi tujuan amal.

    “Tenaga di sini sangat mengujakan. Terdapat banyak perkara yang biasanya tidak awda lihat di pusat membeli-belah Singapura,” katanya kepada AFP, menggambarkan suasana sebagai ‘bukan gaya Singapura, sangat organik’.

    “Saya akan sangat merindui komuniti ini. Saya gembira dapat menyertai dan mengambil bahagian dalam penutupan yang menyentuh ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda