Tuesday, May 14, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    UBD, Universiti Xiamen meterai MoU

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universiti Xiamen, China telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mengesahkan kerjasama akademik pada majlis yang diadakan di Kafe Herba Simpur, Kampus UBD, hari ini.

    Menandatangani bagi pihak UBD ialah Naib Canselor, Dr Hazri bin Haji Kifle dan Universiti Xiamen diwakili oleh Presiden, Profesor Zhang Zhongyi.

    Hadir untuk menyaksikan majlis tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak (Dilantik) Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Xiao Jianguo.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai diplomatik dan pengurusan kanan serta pegawai utama UBD dan Universiti Xiamen.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Dr Hazri menekankan kepentingan mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua universiti, dan membincangkan cara bagaimana mereka boleh mendapat manfaat bersama daripada kekuatan dan kepentingan akademik masing-masing.

    Dr Hazri bertukar dokumen dengan Profesor Zhang Zhongyi pada majlis yang berlangsung di Kafe Herba Simpur, Kampus UBD, kelmarin. – Gambar serahan UBD

    “Pertama, kerjasama kita boleh meningkatkan program mobiliti pelajar. Kedua, kerjasama kita boleh menyasarkan akademia fakulti.

    “Kita boleh berusaha untuk menganjurkan program pertukaran fakulti, persidangan bersama dan bengkel. Acara akademik ini akan membantu memupuk kerjasama penyelidikan dan mewujudkan projek penyelidikan bersama.

    “Ketiga, dengan kemunculan teknologi, kita boleh menggunakan webinar dan pembelajaran dalam talian untuk bekerjasama dengan Universiti Xiamen, dan menganjurkan acara dan webinar global untuk kedua-dua pelajar dan fakulti,” jelasnya.

    Menurut beliau lagi, UBD sedang membangunkan program Pembelajaran Antarabangsa Dalam Talian Kolaboratif (COIL) di mana mereka ingin jemput ahli akademik Universiti Xiamen untuk bekerjasama kerana COIL akan membolehkan mereka mendapat akses kepada khalayak global yang lebih meluas, dan UBD boleh memenuhi keperluan komuniti yang lebih luas di peringkat global melalui kurikulum dan pedagogi kolaboratif mereka.

    Sejak UBD dan Universiti Xiamen pertama kali memeterai MoU pada 2012, kedua-dua universiti itu telah bekerjasama dalam memajukan kerjasama akademik dan penyelidikan.

    Selepas menandatangani MoU, delegasi Universiti Xiamen melawat Pusat Penyelidikan Botani UBD (UBD BRC), dibawa oleh Pengarah Institut Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar (IBER) UBD, Dr Norhayati binti Haji Ahmad. Delegasi Universiti Xiamen telah diberi taklimat mengenai aktiviti penyelidikan dan pendidikan yang dijalankan di bawah UBD BRC dan pelbagai koleksi hidupan yang ditempatkan di taman berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    New Zealand tubuh unit geng jenayah

    WELLINGTON, 14 MEI - Kerajaan New Zealand telah menubuhkan Unit Geng Jenayah Kebangsaan dan Unit Gangguan Geng Jenayah Daerah untuk membantu memulihkan undang-undang dan...