BANGKOK, 27 APRIL – Pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia hari ini menggesa Thailand supaya memperbaiki keadaan di kemudahan tahanan imigresennya selepas pencari suaka kedua daripada minoriti Muslim Uighur, China meninggal dunia dalam tahanan bagi tempoh dua bulan.
Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan (HRW) menyeru penamatan dasar Thailand yang “tidak berperikemanusiaan dan tidak produktif” menahan orang yang dituduh melanggar undang-undang imigresen selepas kumpulan hak asasi Uighur melaporkan Mattohti Mattursun, 40, meninggal dunia Jumaat lalu kerana disyaki mengalami kegagalan hati sejurus dibawa ke hospital beberapa minggu selepas jatuh sakit.
“Pihak berkuasa Thailand meletakkan pencari suaka berisiko besar dengan menahan mereka selama bertahun-tahun dalam keadaan teruk di pusat tahanan imigresen,”
Elaine Pearson, pengarah Asia di HRW, berkata dalam satu kenyataan melalui e-mel. – AP
