Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) selaku Urus Setia Lembaga Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran buat kali pertama pada Januari 2022, yang mana dibukakan kepada warganegara Brunei Darussalam dan penduduk tetap sahaja.
Permohonan boleh di-hadapkan secara dalam talian dengan mengisikan e-borang yang boleh didapati melalui pautan https://form.jotform.me/ujiantasmie/borang-permohonan-ujian-tasmie-meng yang boleh didapati di media sosial pusat berkenaan.
Permohonan ujian tersebut akan dibuka mulai hari ini, bermula 8 pagi dengan tarikh tutup permohonan dan penghantaran borang adalah pada 27 Disember depan.
Untuk keterangan lebih lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512 atau 2233364.