Syarikat Yash Raj Films mengumumkan pementasaan teater muzikal dengan tajuk baharu Come Fall In Love – The DDLJ Musical memberikan peminat-peminat rasa teruja menjelang penampilan sulungnya di pentas UK baru-baru ini.
Diilhamkan oleh filem ikonik 1995 Dilwale Dulhania Le Jayenge, teater muzikal itu akan dibuka di Rumah Opera Manchester pada 29 Mei sehinggan sehingga 21 Jun.
Dipimpin oleh pengarah filem asal, Aditya Chopra, versi persembahan pentas muzikal berkenaan membawa kisah cinta klasik dengan kelainan kepada penonton yang baharu .
Walaupun plot cerita dikekalkan, watak-wataknya mendapat pengubahsuaian global: Simran dilakonkan oleh Jena Pandya, manakala Ashley Day dilakonkan Roger, menjadikan satu persembahan semula silang budaya.
Lagu yang baru dikeluarkan, juga bertajuk Come Fall In Love digubah oleh Vishal & Sheykhar. Tetapi liriknya ditulis oleh penulis lirik yang mendapat pencalonan Anugerah Tony, Nell Benjamin, menjanjikan gabungan Timur dan Barat
Bercakap mengenai projek itu, Sheykhar Ravjiani teruja mengatakan, “Saya pasti penonton pasti akan menyukainya.” Vishal Dadlani turut bersetuju apabila mengatakan matlamatnya adalah untuk membangkitkan nostalgia bagi diaspora India sambil memberikan penonton Barat rasa jiwa India — melalui bunyi, rasa dan warnanya.
Dan ia bukan hanya tentang muzik. 18 lagu Inggeris serba baharu turut dipersembahkan dengan koreografi gabungan tarian oleh pemenang Anugerah Tony, Rob Ashford dan tarian India yang diketuai oleh Shruti Merchant. – ANN/ The Statesman
