Monday, December 16, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK sertai blok perdagangan Indo-Pasifik

    LONDON, 15 DIS – Britain hari ini menjadi negara Eropah pertama yang menyertai blok perdagangan utama Indo-Pasifik, dalam apa yang dianggap sebagai perjanjian perdagangan terbesar negara itu sejak Brexit.

    United Kingdom (UK) kini secara rasmi menjadi ahli ke-12 Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

    UK secara rasmi menandatangani perjanjian penyertaan itu tahun lepas.

    Para pegawai berharap keahlian akan meningkatkan ekonomi Britain yang meleset sebanyak £2.0 bilion (AS$2.5 bilion) setahun.

    Menurut angka kerajaan, nilai jumlah perdagangan UK dalam tempoh 12 bulan hingga akhir September adalah £1.7 trilion.

    Perikatan itu terdiri daripada rakan-rakan anggota G7 iaitu Kanada dan Jepun, serta sekutu lama Australia dan New Zealand, bersama Brunei, Chile, Malaysia, Mexico, Peru, Singapura dan Vietnam.

    Ditubuhkan pada 2018, ia dilihat sebagai benteng terhadap penguasaan China di rantau ini, walaupun Beijing telah memohon untuk menyertainya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda