Thursday, November 28, 2024
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK tahan tiga lelaki bantu perisikan Hong Kong

    LONDON, 13 MEI – Polis United Kingdom (UK) berkata hari ini bahawa mereka telah menahan tiga lelaki kerana didakwa membantu perkhidmatan risikan Hong Kong.

    “Beberapa tangkapan telah dibuat dan carian dijalankan di seluruh England sebagai sebahagian daripada siasatan ini,” kata Dominic Murphy, Ketua Komando Polis Cegah Keganasan Metropolitan.

    Ketiga-tiga lelaki itu didakwa membantu perkhidmatan perisikan asing dan juga campur tangan asing, yang melanggar Akta Keselamatan Negara 2023.

    Perkhidmatan risikan asing yang berkaitan dengan pertuduhan di atas ialah Hong Kong,” kata polis.

    Ketiga-tiga lelaki yang didakwa dinamakan sebagai Chi Leung Wai, 38, Matthew Trickett, 37, dan Chung Biu Yuen, 63, semuanya berasal dari tenggara England.

    Mereka dijadual hadir di Mahkamah Majistret Westminster di tengah London lewat Isnin.

    Sebagai sebahagian daripada siasatan, 11 orang telah ditahan polis.

    Pegawai anti keganasan menahan lapan lelaki dan seorang wanita di Yorkshire, utara England, pada hari Rabu. Dua lagi lelaki ditahan pada Khamis.

    Tujuh lelaki dan seorang wanita yang tidak didakwa telah dibebaskan daripada tahanan pada atau sebelum Jumaat, tambah polis. – AFP

    Gambar freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda