Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    Umat Islam Pattani banjiri Pasar Thesaban

    PATTANI, 16 JUN – Pasar awam Thesaban di wilayah Selatan Thailand hari ini menjadi tumpuan umat Islam untuk mendapatkan barangan keperluan asas dan barangan dapur menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha esok.

    Tinjauan mendapati orang ramai khususnya penduduk Pattani dan kawasan-kawasan berhampiran telah mula berkunjung ke pasar seawal 5 pagi untuk mendapatkan barangan seperti ayam, ikan, santan, pelbagai jenis sayur-sayuran dan ketupat untuk persiapan hari raya.

    Seorang penjual ketupat di pasar Thesaban, Syaipah Madilah, 65, berkata keluarganya mula membuat ketupat palas sejak 20 tahun lepas dan selalu mendapat pemintaan yang baik ketika sambutan Hari Raya.

    “Setiap Hari Raya Haji, sebanyak 10,000 ketupat laris dijual…ada yang telah menempah lebih awal.

    “Bagaimanapun, pada musim raya puasa, jumlah tempahan ketupat boleh mencecah kepada 15,000 biji,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Beliau berkata ketupatnya dijual dengan harga 350 baht bagi 100 biji.

    Seorang pengunjung, Adul Abdul Hafez, 48, berkata setiap kali menjelang hari raya, beliau akan berkunjung ke pasar ini untuk membeli-belah sebagai persiapan menyambut perayaan itu. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...