Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNHCR: Lebih 5.2 juta pelarian Afghan pulang

    KABUL, 20 Jun – Lebih daripada 5.2 juta pelarian Afghanistan telah kembali ke negara mereka yang diserang militan dalam tempoh 16 tahun yang lalu, kata satu kenyataan Badan Pengungsi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) berkata di sini hari ini. Kenyataan yang dikeluarkan di sini menandakan Hari Pelarian Dunia yang jatuh pada 20 Jun.

    Menteri Pelarian dan Perundangan Afghanistan, Sayed Hussain Alemi Balkhi kelmarin berkata hampir 6 juta orang Afghan masih hidup sebagai pelarian, dengan hampir 2.5 juta di Pakistan dan hampir jumlah yang sama di Iran, sementara selebihnya di negara lain. Menurut menteri itu, sekitar 332,000 pelarian Afghanistan telah pulang ke rumah, dengan majoriti mereka dari Iran dan Pakistan sejak Januari tahun ini. Walau bagaimanapun, UNHCR berkata dalam kenyataannya bahawa ‘Kekurangan akses kepada perkhidmatan termasuk pendidikan dan kesihatan, perumahan dan tanah yang mencukupi tetap menjadi cabaran utama bagi mereka yang pulang untuk membina semula kehidupan mereka’ di tanah air mereka. Ia juga menggesa kerajaan Afghanistan dan masyarakat antarabangsa untuk terus menyokong kehidupan mereka, menawarkan peluang ekonomi, perkhidmatan asas dan memasukkan mereka dalam struktur politik dan sosial. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda