Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    Unit pertama hidroelektrik Suki Kinari mula ujian

    ISLAMABAD, 16 JUN – Unit pertama Projek Hidroelektrik Suki Kinari yang dibina oleh China di barat laut Pakistan mula beroperasi dan secara rasmi memasuki fasa ujian pengoperasian, hari ini.

    Projek di bawah Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) itu kini telah memasuki tahap terakhir dan satu langkah besar ke arah operasi dan penjanaan kuasa.

    Pengurus Besar China Energy Construction Overseas Investment Company Ltd, Cheng Dan, yang melabur dan melaksanakan projek itu, memberitahu Xinhua bahawa unit pertama telah berjaya melepasi beberapa siri ujian selepas beroperasi dengan lancar dan memenuhi keperluan reka bentuk.

    Beliau berkata unit itu juga akan melalui puluhan ujian seterusnya, termasuk ujian kestabilan suhu, bagi memastikan semua petunjuk teknikal memenuhi piawaian reka bentuk.

    Projek hidroelektrik itu mula dibangunkan di daerah Mansehra di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan, pada Januari 2017.

    Sebaik sahaja beroperasi tahun ini, ia akan menghasilkan kira-kira 3.21 bilion kilowatt-jam elektrik bersih setiap tahun, menggantikan 1.28 juta tan arang batu dan mengurangkan 2.52 juta tan pelepasan karbon dioksida setahun, menurut Dan.

    Projek itu dijangka akan memenuhi 20 peratus daripada kekurangan bekalan elektrik Pakistan, tambahnya. – Xinhua

    Sebahagian daripada stesen janakuasa Hidro Suki Kinari yang dibina oleh China di daerah Mansehra di wilayah Khyber Pakhtunkhwa Pakistan. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...