Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    United belasah Barnsley

    LONDON, 18 SEPT – Manchester United mencatat kemenangan besar 7-0 ke atas Barnsley dalam pusingan ketiga Piala Liga, dengan Antony menjaringkan gol pertamanya musim ini dan Marcus Rashford menyumbang dua gol.

    Manakala dalam perlawanan berasingan, Fulham mencatat sejarah malang apabila tewas kepada Preston 16-15 menerusi sepakan penalti terpanjang dalam sejarah kejohanan tersebut.

    United yang bergelut di tangga ke-10 Liga Perdana selepas tewas dua daripada empat perlawanan pertama mereka, langsung tidak menghadapi sebarang ancaman daripada pasukan lawan dari Liga Kejuaraan di Old Trafford.

    Rashford, Antony dan Alejandro Garnacho masing-masing menjaringkan gol sebelum separuh masa, memastikan kemenangan selesa buat United selepas kejayaan dalam perlawanan Liga Perdana menentang Southampton pada Sabtu lalu.

    Rashford dan Garnacho masing-masing menambah satu lagi gol selepas rehat, manakala Christian Eriksen menyumbang dua gol lagi untuk mencatatkan kemenangan terbesar United sejak pengurus Erik ten Hag tiba dari Ajax pada 2022.

    “Ini kali pertama pasukan ini bermain bersama. Setelah menemui rentak permainan, kami menjaringkan beberapa gol yang hebat,” kata Ten Hag.

    “Kami bermain dengan pantas dan tanpa belas kasihan. Kuncinya adalah sikap yang betul dan fokus 100 peratus. Musim lalu adalah sukar bagi semua orang, tetapi kami menamatkan dengan Piala FA. Sasaran kami adalah untuk terus maju musim ini.” – AFP

    Reaksi pemain Manchester United, Marcus Rashford dan Alejandro Garnacho, kiri, selepas menjaringkan gol kelima semasa perlawanan antara Manchester United dan Barnsley di Old Trafford. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda