Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uruguay singkir Brazil

    LAS VEGAS, 7 JULAI – Uruguay menewaskan Brazil menerusi penentuan sepakan penalti (4-2) untuk mara ke separuh akhir Copa America selepas perlawanan hambar berakhir tanpa jaringan, kelmarin.

    Uruguay, yang menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Nahitan Nandez dilayangkan kad merah pada minit ke-74, akan menentang Colombia di Charlotte, Carolina Utara, pada separuh akhir mereka Rabu depan.

    Sementara itu, Colombia yang belum pernah kalah dalam 27 perlawanan berjaya menewaskan Panama 5-0 pada suku akhir yang juga berlangsung kelmarin di Arizona.

    Manakala pada perlawanan separuh akhir lain di New Jersey yang akan diadakan pada Selasa, bakal menyaksikan juara dunia Argentina berdepan pasukan yang mengejutkan dalam saingan, Kanada.

    Bagi juara dunia lima kali Brazil, ia merupakan keputusan awal yang mengecewakan untuk kejohanan itu di mana mereka tidak menyerlah, dan banyak kerja perlu dilakukan jika pasukan Dorival Junior ingin mengekalkan kedudukan yang baik untuk bersaing merebut gelaran di Piala Dunia 2026.

    Di bandar yang lebih terkenal dengan tinju berbanding bola sepak, ia adalah perlawanan yang kurang menarik tanpa saingan berkualiti yang ditampilkan dalam kejohanan itu, yang mencatat 41 kesalahan. Padang permainan yang tidak berkualiti seakan-akan tidak membantu kedua-dua buah pasukan yang bergelut untuk mempamerkan bola sepak terbaik mereka di permukaan yang tidak rata. – AFP

    Aksi Martinelli berebut bola dengan Valverde semasa kejohanan Copa America Conmebol 2024 di Stadium Allegiant di Las Vegas, Nevada pada 6 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda