PARIS, 17 DIS – Suntikan vaksin Moderna boleh membawa sedikit risiko masalah jantung yang secara lazimnya tidak serius, menurut hasil satu kajian membabitkan seluruh populasi Denmark, hari ini.
Insiden miokarditis dan perikarditis selepas disuntik mRNA keluaran Pfizer dan Moderna, telah dinyatakan dalam laporan keselamatan vaksin serta kajian berskala kecil sebelum ini.
Laporan terbabit mendorong Perancis, Denmark dan beberapa negara lain menasihati individu bawah umur 30 tahun supaya tidak mengambil suntikan vaksin berkenaan.
“Vaksinasi membabitkan mRNA-1273 (Moderna) dikaitkan dengan peningkatan kadar miokarditis atau mioperikarditis yang signifikan, terutama dalam kalangan individu berumur antara 12 hingga 39 tahun,” menurut kajian itu. – AFP