Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vanessa Hudgens bengang paparazi ceroboh privasi

    Dalam kegembiraan menimang cahaya mata pertama 3 Jun lalu, pelakon Vanessa Hudgens kesal apabila foto dia berada di hospital tersebar di media sosial.

    Vanessa, 35, menyifatkan tindakan paparazi merakam gambarnya tanpa izin mengganggu privasinya dan keluarga.

    “Kami kecewa apabila privasi keluarga kami pada waktu-waktu istimewa ini diganggu oleh paparazi.

    “Apa-apa pun, saya dan anak damit yang baru lahir selamat dan sihat!” katanya menurut laporan mStar.

    Vanessa berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di InstaStory.

    Bagaimanapun, Vanessa sehingga kini memilih untuk tidak mendedahkan jantina dan nama cahaya matanya.

    Sebelum ini, bintang High School Musical itu mengejutkan ramai apabila memaklumkan dia hamil ketika muncul pada acara karpet merah Anugerah Oscar pada Mac lalu.

    Untuk rekod, Vanessa mendirikan rumah tangga dengan pemain besbol, Cole Tucker pada 2 Disember tahun lalu di Tulum, Mexico. – Agensi

    Vanessa kesal apabila gambar dirinya di hospital tular di media sosial. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda