Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Verstappen kritik peraturan F1, pegawai

    ABU DHABI, 10 DIS – Max Verstappen terus mengkritik peraturan Formula Satu dan pegawainya kelmarin menjelang perebutan gelaran di Abu Dhabi, dengan mengatakan dia disisihkan dan dikenakan hukuman.

    Pelumba Belanda berusia 24 tahun, didenda dua kali pada perlumbaan hujung minggu lalu di Grand Prix Arab Saudi, berkata dia dihukum kerana gaya pemanduannya dan manakala yang lainnya, juga memandu dengan keadaan agresif dan tidak dapat diterima, tidak dikenakan hukuman.

    Dia juga berkata bahawa amaran pra perlumbaan oleh Pengarah Perlumbaan FIA, Micheal Masi mengenai standard memandu dan kemungkinan disisihkan ditujukan kepadanya seorang sahaja dalam perlumbaan yang mana Verstappen dan Lewis Hamilton memulakan perlumbaan dengan terikat mata yang sama dalam senarai kedudukan pemandu.

    “Jelas sekali ia tidak dikenakan kepada semua pemandu,” katanya. “Ini kerana perkara yang saya lakukan dari segi bertahan, dua pemandu lain, dari segi perlumbaan, turut melakukannya, dan mereka tidak disebutkan atau dihukum.

    “Saya tidak faham kerana sangkaan saya hanyalah berlumba dengan bersungguh-sungguh. Apa yang berlaku, bagi saya, ia adalah sesuatu yang tidak layak untuk diberikan hukuman. Namun, dua lagi pelumba tidak dikenakan tindakan.

    “Hanya saya seorang sahaja yang dihukum, sudah tentu apabila awda bertarung untuk tempat pertama, awda menjadi lebih kritikal. Bagi saya, saya tidak memahaminya langsung…”

    Tindakannya menjelang perlumbaan penentuan kejuaraan pada Ahad di Litar Yas Marina jelas menunjukkan dia tidak berselindung mengenai kejadian yang berlaku pada hujung minggu lalu atau tanggapan meluas yang mengatakan dia sudah ‘melampaui batasan’.

    Apa yang membuatkannya paling terkilan adalah dia dihukum kerana memandu lebih melebar pada pusingan pertama, semasa pertembungan dengan Hamilton dalam perlumbaan sengit. – AFP

    Verstappen mengkritik peraturan Formula Satu dan pegawainya kerana hukuman sering ditujukan kepadanya manakala pemandu lain terlepas daripada hukuman.– AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda