Saturday, September 28, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Veteran negara sapu bersih 4 emas

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Seramai 10 atlet veteran mewakili Negara Brunei Darussalam dalam Kejohanan Olahraga Veteran Terbuka ke-12 yang berlangsung di Kompleks Sukan Keningau, Sabah, baru-baru ini.

    Dalam kejohanan tersebut, atlet veteran negara iaitu Kapten (B) Haji Osman bin Haji Lahab dari Persatuan Veteran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PERWIRA), Cawangan Daerah Tutong, berjaya meraih empat pingat emas dalam acara-acara yang disertainya.

    Beliau meraih pingat emas bagi acara-acara Kategori Lelaki berumur 80 hingga 84 tahun dalam 100m, 200m dan 5,000m Race Walk serta mencipta rekod baharu dalam acara lompat jauh.

    Kapten (B) Haji Osman merupakan atlet paling aktif dalam kalangan veteran tentera dan kini terus bergiat aktif di peringkat serantau serta antarabangsa.

    Kapten (B) Haji Osman bersama pingat emas yang telah dimenangi dalam Kejohanan Olahraga Veteran Terbuka ke-12, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PERWIRA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda